SOALAN:
Ustaz, saya nak tanya tentang solat witir.
1) Sekiranya saya melakukan tiga rakaat sekaligus, adakah saya patut
duduk dua tahiyat ataupun satu sahaja, yakni pada rakaat ketiga. Kerana
tak silap saya ada hadith yang mengatakan Nabi saw ada buat witir dengan
bilangan 3, 5 dan lebih dengan duduk satu rakaat.
2) Sekiranya saya menjadi Imam dan ingin melakukan solat witir dengan
tiga rakaat sekaligus, bagaimana kah bacaan yang patut saya lakukan.
Adakah jahar pada tiga rakaat semuanya ataupun hanya dua rakaat yang pertama sahaja.
Mohon pencerahan
JAWABAN:
بسم الله، و الحمد لله، و الصلاة والسلام على رسول الله، وبعد:
Solat witir dikerjakan sebanyak 3 , 5 , 7 ,9 dan 11 rakaat .Bagi yang
mengerjakan solat witir 3 rakaat , hendaklah ia tidak duduk (tahiyyat
awal) kecuali pada rakaat yang akhir.Iaitu membaca tasyahhud akhir dan
salam.Ini berdasarkan hadis Rasulullah saw , daripada Saidatina A’isyah
ra :
لا يجلس في شيء إلا في آخــرها.
(Baginda saw) tidak duduk sama sekali semasa mengerjakannya melainkan pada rakaat yang terakhir. (HR Muslim no : 737)
Berkata Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah : Tidak harus menjadikan solat witir seperti solat Maghrib.
Apa yang dapat difahami daripada kata-kata Ibn Taimiyyah ini ialah
solat witir itu mestilah berbeza dengan solat maghrib , walaupun sama
dari segi bilangan rakaatnya.Maka pada solat witir itu tidak boleh
dilakukan tahiyyah awal yang mana jika dilakukan akan menyebabkan
persamaan pada kedua-dua solat tersebut (maghrib dan witir).
Hujjah di atas juga dikuatkan dengan dalil hadis Rasulullah saw :
لا توترا بثلاث تشــبهوا المغــرب
Janganlah Kamu mengerjakan solat witir 3 rakaat seperti solat maghrib.
(HR Al-Hakim.Ibn Hajar al-‘Asqalani mengatakan sanad hadis ini sahih
mengikut Bukhari dan Muslim.Rujuk Fath al-Bari m jilid 4 ,ms :301)
Bagi soalan kedua : Sekiranya solat witir yang dilakukan secara jahr ,
maka bacaan yang perlu dijahrkan hanyalah pada 2 rakaat pertama sahaja ,
iaitu rakaat pertama dan kedua.Manakala pada rakaat ketiga dibaca
secara perlahan (sirr)
Walaubagaimana pun dibolehkan juga untuk membaca secara jahr pada
ketiga-tiga rakaat solat witir tersebut sebagaimana yang di amalkan di
Masjid Nabawi , Madinah Al-Munawwarah….WaAllahu A’lam
Ruj :
Al-Mulakhkhas Al-Fiqhi , Asy-Syaikh Dr.Salih bin Fauzan
Taysir al-‘Allam syarh ‘umdatu al-Ahkam , Asy-Syaikh Abdullah bin Abd Rahman Al-Bassam.
sumber: http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=36808&sid=a5862ebf0ef1a87b0521dbaa4e779c7c
No comments:
Post a Comment