25 April 2018

hadis

Sabtu, September 6, 2008
Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:"Allah 'Azzawajalla berfirman - dalam Hadis qudsi: "Semua amal perbuatan anak Adam - yakni manusia - itu adalah untuknya, melainkan berpuasa, kerana sesungguhnya puasa itu adalah untukKu dan saya akan memberikan balasan dengannya. Puasa adalah sebagai perisai - dari kemaksiatan serta dari neraka. Maka dari itu, apabila pada hari seseorang di antara engkau semua itu berpuasa, janganlah ia bercakap-cakap yang kotor dan jangan pula bertengkar. Apabila ia dimaki-maki oleh seseorang atau dilawan bermusuhan, maka hendaklah ia berkata: "Sesungguhnya saya adalah berpuasa." Demi Zat yang jiwa Muhammad ada di dalam genggaman kekuasaanNya, nescayalah bau busuk dari mulut seseorang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi. Seseorang yang berpuasa itu mempunyai dua kegembiraan dan ia dapat merasakan kesenangannya, iaitu apabila ia berbuka, ia pun bergembiralah dan apabila telah bertemu dengan Tuhannya, ia pun gembira dengan adanya amalan puasanya."(Muttafaq 'alaih)

16 February 2017

SABUN EZICLEAN

Fenomena SABUN EZICLEAN!

5 ★★★★★
Eziclean serbuk pencuci pekat ; untuk rendaman pakaian/ kain kapas dan sentalan kot.oran degil pada pelbagai jenis permukaan)

Eziclean toilet and floor cleaner ; untuk membersihkan permukaan lantai dari kotoran dan sentalan kotoran degil pada pelbagai permukaan yg keras)

Eziclean dishwash ; untuk membersihkan pinggan mangkuk dengan kuasa cecair pekat, hanya dengan sedikit penggunaan, pasti jimat dan berbaloi

Ramai surirumah sudah memilih #eziclean. Anda bila lagi??
PM kami untuk dapatkan tawaran yang istimewa dan awesome!!

PM!PM!PM!
0185045879-Beny






24 August 2013

doa kemerdekaan ke 56



بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العلمين و الصلاة و السلام علي اشرف الأنبياء و المرسلين و علي آله و صحبه أجمعين.
Ya Allah, sesungguhnya kami bersyukur kepada-Mu kerana memberi nikmat pembangunan dan kemerdekaan yang dapat dinikmati oleh rakyat di negara ini. Ya Allah, kekalkanlah pembangunan yang telah kami laksanakan sama ada yang berbentuk material atau spiritual. Martabatkanlah negara kami dan seluruh rakyat di negara kami. Kami bersyukur kepada-Mu ya Allah kerana kemajuan yang kami perolehi adalah hasil daripada kemerdekaan yang telah Engkau anugerahkan kepada kami.

Sempena Majlis Pelancaran Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56, Tahun 2013 yang bertemakan MALAYSIAKU BERDAULAT: TANAH TUMPAHNYA DARAHKU.

 

Ya Allah,

Pada hari ini, kami pohonkan ihsan daripada-Mu Ya Allah, agar engkau kurniakan kepada kami nikmat kesejahteraan dan keselamatan yang berterusan, lindungilah kami daripada segala keburukan dan keaiban, hindarkanlah kami daripada segala rupa bentuk kemungkaran dan kemaksiatan.

Engkau peliharalah tanah air kami Malaysia yang kami cintai ini. Engkau peliharalah perpaduan di antara kami demi kepentingan negara Malaysia yang kami kasihi. Ya Allah, kami bersyukur kepada-Mu kerana dapat hidup dalam keadaan aman, damai, harmoni, percaya-mempercayai, saling hormat-menghormati serta tolong-menolong yang menjadi tunjang kepada kemakmuran negara kami sehingga ke hari ini.
Ya Allah, Ya Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang,
Kami memohon restu daripada-Mu, Engkau anugerahkanlah bangsa kami ini menjadi bangsa yang setanding dengan bangsa dan negara-negara maju lain di dunia ini. Engkau kekalkanlah kemerdekaan ini untuk generasi kami dan generasi yang akan datang.
Peliharalah kemerdekaan ini ya Allah, agar bangsa kami menjadi bangsa yang sihat, berdisiplin, bertoleransi, pemurah, peramah dan hidup di kalangan masyarakat berbilang kaum bagaikan satu keluarga.Peliharalah kemerdekaan ini ya Allah, supaya hati kami, jiwa kami dan minda kami sentiasa berada dalam keimanan yang teguh dan dapat memakmurkan negara dan bangsa.
ربنا أتنا في الدنيا حسنة وفى الاخرة حسنة و قنا عذاب النار .وصلى الله على سيدنا محمد وعلى أله وأصحابه اجمعين.والحمد لله رب العالمين


26 July 2013

Selawat ke atas Nabi SAW

Apakah suatu amalan yang dianjurkan oleh Nabi kita untuk sentiasa mengingati beliau, yang berupa selawat atau ayat Al-Quran yang dapat kita hadiahkan kepada Nabi kita itu pada setiap kali sembahyang atau setiap kali kita mengingatinya?
Apakah ada nas mengenainya?
Ada amalan menghadiahkan Al Fatihah kepada Rasulullah SAW, setiap kali hendak berdoa, adakah ini ada dalam nas?

Selawat ke atas Rasulullah (S.A.W.) merupakan suatu amalan yang disyariatkan oleh Islam.
Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. [Surah Al-Ahzab: 56]
Manakala di dalam hadith-hadith Rasulullah (S.A.W.), terdapat banyak arahan dan kelebihan-kelebihan yang dinyatakan berkenaan dengan selawat ke atas baginda (S.A.W.), antaranya :-
  1. Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]
  2. Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. [Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]
  3. Sabda Rasulullah (S.A.W.) juga yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a]
Kedudukan selawat ke atas nabi (S.A.W.) ini merupakan perkara yang diwajibkan menurut sebilangan besar ulama’. Malahan dinukilkan bahawa Al-Imam Al-Qurthubi menyatakannya sebagai ijma’ ulama’. Apa yang diperselisihkan oleh ulama’ ialah adakah selawat itu wajib pada setiap kali majlis dan disebut nama Nabi Muhammad (S.A.W.) atau adakah ianya sunat (bagi yang bersepakat menyatakan ianya wajib seumur hidup).
Dalam hal ini, sebahagian ulama’ menyatakan ianya wajib setiap kali disebut nama Rasulullah (S.A.W.), dan sebahagian yang lain menyatakan wajib sekali di sepanjang majlis meskipun dalam majlis tersebut kerap kali disebut nama Rasulullah (S.A.W.) dan sebahagian yang lain menyatakan wajib memperbanyakkan selawat tanpa terikat dengan bilangan dan tidak memadai sekali seumur hidup.
Menurut jumhur ulama dalam masalah ini, selawat ke atas nabi (S.A.W.) merupakan ibadat dan jalan mendekatkan diri kepada Allah (s.w.t). Seperti juga zikir, tasbih dan tahmid. Ia diwajibkan sekali seumur hidup dan disunatkan pada setiap waktu dan ketika. Sepatutnya juga ke atas setiap muslim memperbanyakkannya.
Berkait juga dengan soalan yang dikemukakan, iaitu tentang hukum selawat dalam sembahyang. Perkara ini berlaku khilaf di kalangan ulama’. Menurut pandangan Mazhab Syafei dan Hanbali, selawat diwajibkan dalam sembahyang dan tidak sah sembahyang tanpa selawat. Manakala dalam Mazhab Maliki dan Hanafi, selawat merupakan perkara yang sunat muakkad dan sah sembahyang tanpanya tetapi dalam keadaan yang makruh.

sumber:http://ulamak.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31:selawat-ke-atas-nabi-saw&catid=27:feqh-am&Itemid=86

Solat Jenazah

Solat jenazahHidup Di Dunia Sementara

25 July 2013

Cara solat Witir 3 rakaat 1 salam

SOALAN:
Ustaz, saya nak tanya tentang solat witir.
1) Sekiranya saya melakukan tiga rakaat sekaligus, adakah saya patut duduk dua tahiyat ataupun satu sahaja, yakni pada rakaat ketiga. Kerana tak silap saya ada hadith yang mengatakan Nabi saw ada buat witir dengan bilangan 3, 5 dan lebih dengan duduk satu rakaat.

2) Sekiranya saya menjadi Imam dan ingin melakukan solat witir dengan tiga rakaat sekaligus, bagaimana kah bacaan yang patut saya lakukan.
Adakah jahar pada tiga rakaat semuanya ataupun hanya dua rakaat yang pertama sahaja.
Mohon pencerahan

JAWABAN:

بسم الله، و الحمد لله، و الصلاة والسلام على رسول الله، وبعد:

Solat witir dikerjakan sebanyak 3 , 5 , 7 ,9 dan 11 rakaat .Bagi yang mengerjakan solat witir 3 rakaat , hendaklah ia tidak duduk (tahiyyat awal) kecuali pada rakaat yang akhir.Iaitu membaca tasyahhud akhir dan salam.Ini berdasarkan hadis Rasulullah saw , daripada Saidatina A’isyah ra :

لا يجلس في شيء إلا في آخــرها.
(Baginda saw) tidak duduk sama sekali semasa mengerjakannya melainkan pada rakaat yang terakhir. (HR Muslim no : 737)

Berkata Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah : Tidak harus menjadikan solat witir seperti solat Maghrib.
Apa yang dapat difahami daripada kata-kata Ibn Taimiyyah ini ialah solat witir itu mestilah berbeza dengan solat maghrib , walaupun sama dari segi bilangan rakaatnya.Maka pada solat witir itu tidak boleh dilakukan tahiyyah awal yang mana jika dilakukan akan menyebabkan persamaan pada kedua-dua solat tersebut (maghrib dan witir).

Hujjah di atas juga dikuatkan dengan dalil hadis Rasulullah saw :
لا توترا بثلاث تشــبهوا المغــرب
Janganlah Kamu mengerjakan solat witir 3 rakaat seperti solat maghrib.

(HR Al-Hakim.Ibn Hajar al-‘Asqalani mengatakan sanad hadis ini sahih mengikut Bukhari dan Muslim.Rujuk Fath al-Bari m jilid 4 ,ms :301)

Bagi soalan kedua : Sekiranya solat witir yang dilakukan secara jahr , maka bacaan yang perlu dijahrkan hanyalah pada 2 rakaat pertama sahaja , iaitu rakaat pertama dan kedua.Manakala pada rakaat ketiga dibaca secara perlahan (sirr)

Walaubagaimana pun dibolehkan juga untuk membaca secara jahr pada ketiga-tiga rakaat solat witir tersebut sebagaimana yang di amalkan di Masjid Nabawi , Madinah Al-Munawwarah….WaAllahu A’lam

Ruj :
Al-Mulakhkhas Al-Fiqhi , Asy-Syaikh Dr.Salih bin Fauzan
Taysir al-‘Allam syarh ‘umdatu al-Ahkam , Asy-Syaikh Abdullah bin Abd Rahman Al-Bassam.
sumber: http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=36808&sid=a5862ebf0ef1a87b0521dbaa4e779c7c