27 July 2013
26 July 2013
Selawat ke atas Nabi SAW
Apakah suatu amalan yang dianjurkan oleh Nabi
kita untuk sentiasa mengingati beliau, yang berupa selawat atau ayat
Al-Quran yang dapat kita hadiahkan kepada Nabi kita itu pada setiap kali
sembahyang atau setiap kali kita mengingatinya?
Apakah ada nas mengenainya?
Ada amalan menghadiahkan Al Fatihah kepada Rasulullah SAW, setiap kali hendak berdoa, adakah ini ada dalam nas?
Selawat ke atas Rasulullah (S.A.W.) merupakan suatu amalan yang disyariatkan oleh Islam.
Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud: “Sesungguhnya
Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang
yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam
penghormatan kepadanya”. [Surah Al-Ahzab: 56]
Manakala di dalam hadith-hadith Rasulullah (S.A.W.),
terdapat banyak arahan dan kelebihan-kelebihan yang dinyatakan berkenaan
dengan selawat ke atas baginda (S.A.W.), antaranya :-
-
Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]
-
Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. [Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]
-
Sabda Rasulullah (S.A.W.) juga yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a]
Kedudukan selawat ke atas nabi (S.A.W.) ini merupakan
perkara yang diwajibkan menurut sebilangan besar ulama’. Malahan
dinukilkan bahawa Al-Imam Al-Qurthubi menyatakannya sebagai ijma’
ulama’. Apa yang diperselisihkan oleh ulama’ ialah adakah selawat itu
wajib pada setiap kali majlis dan disebut nama Nabi Muhammad (S.A.W.)
atau adakah ianya sunat (bagi yang bersepakat menyatakan ianya wajib
seumur hidup).
Dalam hal ini, sebahagian ulama’ menyatakan ianya
wajib setiap kali disebut nama Rasulullah (S.A.W.), dan sebahagian yang
lain menyatakan wajib sekali di sepanjang majlis meskipun dalam majlis
tersebut kerap kali disebut nama Rasulullah (S.A.W.) dan sebahagian yang
lain menyatakan wajib memperbanyakkan selawat tanpa terikat dengan
bilangan dan tidak memadai sekali seumur hidup.
Menurut jumhur ulama dalam masalah ini, selawat ke
atas nabi (S.A.W.) merupakan ibadat dan jalan mendekatkan diri kepada
Allah (s.w.t). Seperti juga zikir, tasbih dan tahmid. Ia diwajibkan
sekali seumur hidup dan disunatkan pada setiap waktu dan ketika.
Sepatutnya juga ke atas setiap muslim memperbanyakkannya.
Berkait juga dengan soalan yang dikemukakan, iaitu
tentang hukum selawat dalam sembahyang. Perkara ini berlaku khilaf di
kalangan ulama’. Menurut pandangan Mazhab Syafei dan Hanbali, selawat
diwajibkan dalam sembahyang dan tidak sah sembahyang tanpa selawat.
Manakala dalam Mazhab Maliki dan Hanafi, selawat merupakan perkara yang
sunat muakkad dan sah sembahyang tanpanya tetapi dalam keadaan yang
makruh.
sumber:http://ulamak.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31:selawat-ke-atas-nabi-saw&catid=27:feqh-am&Itemid=86
25 July 2013
Cara solat Witir 3 rakaat 1 salam
SOALAN:
Ustaz, saya nak tanya tentang solat witir.
1) Sekiranya saya melakukan tiga rakaat sekaligus, adakah saya patut duduk dua tahiyat ataupun satu sahaja, yakni pada rakaat ketiga. Kerana tak silap saya ada hadith yang mengatakan Nabi saw ada buat witir dengan bilangan 3, 5 dan lebih dengan duduk satu rakaat.
2) Sekiranya saya menjadi Imam dan ingin melakukan solat witir dengan tiga rakaat sekaligus, bagaimana kah bacaan yang patut saya lakukan.
Adakah jahar pada tiga rakaat semuanya ataupun hanya dua rakaat yang pertama sahaja.
Mohon pencerahan
JAWABAN:
بسم الله، و الحمد لله، و الصلاة والسلام على رسول الله، وبعد:
Solat witir dikerjakan sebanyak 3 , 5 , 7 ,9 dan 11 rakaat .Bagi yang mengerjakan solat witir 3 rakaat , hendaklah ia tidak duduk (tahiyyat awal) kecuali pada rakaat yang akhir.Iaitu membaca tasyahhud akhir dan salam.Ini berdasarkan hadis Rasulullah saw , daripada Saidatina A’isyah ra :
لا يجلس في شيء إلا في آخــرها.
(Baginda saw) tidak duduk sama sekali semasa mengerjakannya melainkan pada rakaat yang terakhir. (HR Muslim no : 737)
Berkata Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah : Tidak harus menjadikan solat witir seperti solat Maghrib.
Apa yang dapat difahami daripada kata-kata Ibn Taimiyyah ini ialah solat witir itu mestilah berbeza dengan solat maghrib , walaupun sama dari segi bilangan rakaatnya.Maka pada solat witir itu tidak boleh dilakukan tahiyyah awal yang mana jika dilakukan akan menyebabkan persamaan pada kedua-dua solat tersebut (maghrib dan witir).
Hujjah di atas juga dikuatkan dengan dalil hadis Rasulullah saw :
لا توترا بثلاث تشــبهوا المغــرب
Janganlah Kamu mengerjakan solat witir 3 rakaat seperti solat maghrib.
(HR Al-Hakim.Ibn Hajar al-‘Asqalani mengatakan sanad hadis ini sahih mengikut Bukhari dan Muslim.Rujuk Fath al-Bari m jilid 4 ,ms :301)
Bagi soalan kedua : Sekiranya solat witir yang dilakukan secara jahr , maka bacaan yang perlu dijahrkan hanyalah pada 2 rakaat pertama sahaja , iaitu rakaat pertama dan kedua.Manakala pada rakaat ketiga dibaca secara perlahan (sirr)
Walaubagaimana pun dibolehkan juga untuk membaca secara jahr pada ketiga-tiga rakaat solat witir tersebut sebagaimana yang di amalkan di Masjid Nabawi , Madinah Al-Munawwarah….WaAllahu A’lam
Ruj :
Al-Mulakhkhas Al-Fiqhi , Asy-Syaikh Dr.Salih bin Fauzan
Taysir al-‘Allam syarh ‘umdatu al-Ahkam , Asy-Syaikh Abdullah bin Abd Rahman Al-Bassam.
sumber: http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=36808&sid=a5862ebf0ef1a87b0521dbaa4e779c7c

10 July 2013
03 July 2013
Doa Hari Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Westlands
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العلمين و الصلاة و
السلام علي سيدنا محمد اشرف الأنبياء و المرسلين و علي آله و صحبه أجمعين.
Ya Allah, Kami
bersyukur ke hadrat-Mu kerana dengan limpah rahmat-Mu, kami rakyat Malaysia
dapat menikmati suasana kedamaian dan kebebasan dengan sepenuhnya berbanding
dengan negara-negara lain yang inginkan kebahagian dan kemakmuran seperti ini.
Oleh itu Ya Allah, kami menzahirkan kesyukuran atas limpah kurnia-Mu dapat kami
berkumpul pada hari yang bersejarah ini bersempena dengan Sambutan Hari
Koperasi Sekolah Menengah
Kebangsaan Westland 2013 pada tahun ini yang bertemakan Koperasi: Bersatu Demi Kesejahtreran Sejagat.
Ya
Allah, tunjukkanlah kami kearah kebaikan dan pertingkatkanlah iman kami serta
limpahkanlah kemakmuran dan kebahagiaan kepada Negara kami bagi mencapai
kejayaan dalam segala urusan. Ya Allah Ya Tuhan Kami, kurniakan kepada kami
kekuatan dan kesungguhan yang berterusan untuk menggerakkan koperasi serta para
anggotanya agar menjadi pemangkin dan penggerak utama untuk menyumbang
pembangunan ekonomi Negara Malaysia yang bebas merdeka ini.
Ya
Allah, bukakanlah pintu hati kami dengan kebijaksanaan, ilmu pengetahuan dan
hikmah dari-Mu. Justeru itu, janganlah Engkau membiarkan kami mengendalikan
urusan kami bersendirian tanpa hidayah-Mu walau sekecil manapun urusan itu.
Oleh itu Ya Allah, apalah kiranya Engkau mantapkan gerakan badan-badan koperasi
kami agar lebih agresif dan berani dalam meneroka serta mengambil peluang
daripada perkembangan ekonomi global baik di peringkat nasional mahu pun
antarabangsa.
ربنا
أتنا في الدنيا حسنة وفى الاخرة حسنة و قنا عذاب النار .وصلى الله على سيدنا محمد
وعلى أله وأصحابه اجمعين.والحمد لله رب العالمين
Subscribe to:
Posts (Atom)